Friday, January 09, 2009

Selamat Tahun Baru Hijrah 1430

Pejam celik pejam celik, sudah hampir setahun lebih aku tidak menulis. Minta maaf banyak-banyak lah, ya? Bukan apa, sibuk dengan urusan. Walau bagaimanapun, azam tahun baru ini ialah untuk mencatitkan sekerap mungkin melalui blog ini (secara konsisten).

Sebagai permulaan, anakku, masih 3. Tak tambah tak kurang :) Mudah-mudahan, akan kekal begini. Bukan tak mahu rezeki (anak) lebih, cuma...

Aku masih lagi mengajar di Siglap. Rasanya macam tak boleh keluar gitu. Haha.. entah mengapa. Agaknya dah kena sumpah. Pelajar-pelajar di Siglap semuanya baik-baik belaka. Latar belakang mereka menarik sungguh. Cukup pelbagai.

Tahun lepas, aku ditugaskan untuk membimbing kelas 1N1. Waduuuh! Macam-macam personaliti yang pelik-pelik. Kalau dah kelas 1N tu, pastinya ramai pelajar Melayu. Aku naik hairan melihat latar keluarga mereka yang cukup berwarna. Nantilah, kalau ada masa, akan ku ceritakan.

Cakap punya cakap, tahun lepas, aku pergi ke Mauritius. Seronok! Air lautnya membiru semacam. Tak macam air laut kat Singapura - yang kelabu asap. Kenapa eh, agaknya? Nanti aku akan muat naikkan gambar k?

So, apa harapan untuk tahun ini? Mula-mula sekali, aku mengharapkan kesihatan yang mantap. Kedua, aku mahukan anak-anakku berjaya dalam pelajaran. Tahun ini, Nurfatin akan mengambil peperiksaan PSLE. Semoga dia berjaya. Yang lainnya, biasa ah.

So, nantikan entri-entri yang akan datang, Insya Allah.. Sekian

my picture

my pic

Photobucket

Photobucket

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home