Wednesday, January 05, 2011

Tahun Masihi 2011

Alhamdullilah. Rupa2nya jumpa jugak dgn tahun 2011. *sinister*

Last sept, i had to go thru another round of surgery cos there was a growth under the chin. Turn out to be squamous cell carcinoma. Out of the 4 that Dr Ranjiv removed, 3 were infected. Was asked to go for therapy but after much thought was put to it, decided not to go thru with it. Insya Allah, dgn segala usaha utk membaiki diri dan imuniti badan, kesukaran ini akan berlalu pergi.

Sch holidays come and go. Had a fruitful one this year, even though me and kids tak gi mana2 jauh. In November, we went to Pelegong. Then i also took up an exercise class. I did tonnes of baking and memandikan mayat beberapa org mukminin. So, in short tak kosong and sepilah my hols this year. Konon2 nak gi umrah tapi Visa Ziarah tak dikeluarkan oleh pihak Saudi. So, tak der lah rezeki. Maybe next time, insya Allah.

On the first of January, me and hubb flew to KL to meet Shadiah and her newborn. She has 6 now. Wuu huuu.. Reached KL, go meet her and came back, all in 12 hours. Best jugak buat kerja cam ni tapi we spent abt SGD500. Takperlah, 'ties' punya fasal.

Then 2nd of January we went breakfasting at Komalas and ECP. Saw a rabbit - a huge one that is. So seronok. Sekolah bukak dgn sekelip mata. My work load has been reduced tremendously. As compared to Siglap, i think it has downsized to 90%. Dunno lah whether this is good or bad. But im certainly making use of things to continue with exercise, take my Masters Degree and concentrate on Fatris PSLE.

Talking abt PSLE. I hope and I pray that Fatris will do well so that he can get to go to VS. A good sec sch is important. I hope he will make it. Tayha and Non, too - for that matter. Got a class in 15min. chiow~

Sunday, April 11, 2010

1/4 of 2010 is already gone....

Diam tak diam, bulan April dah masuk 12 hari. Lemme update on the past few months.

Well, in Dec, my family and I (termasuk my parents) went for our Umrah trip. After Umrah, we went to Israel, Palestin, Jordan.. all those stuff lah .The main thing is that we went to all 3 big mosques in the Middle East. This is my 5th time to Mecca/Madina. Im so blessed, I know! Thank You Allah!


http://www.youtube.com/watch?v=_ZFzecKbJs0






Me and family after one of the prayers. Taking pictures are very common now at Al Haram.

Me and family wearing all sedondon..
Selagi selagan saudara-mara hantar my mum and dad at the airport. The last my parents went to Saudi was like 18 years ago. So, that explains...


We at Madina.. Super cold. Nice welcoming weather, seriously..

Tayha feeling minah Arab..
We at Madain Salleh.





We on our way to Jordan from Jeddah airport.

After Jordan, we had to cross the Allenby Bridge, the causeway to Palestin, Israel.

Wat else is new about Tayha aka Reboot aka Taufan...

Wednesday, December 16, 2009

Cuti Sekolah Yeah!!!

Wah! Lama juga tak masukkan entri eh. Pejam celik pejam celik, dah pun kita hampir ke penghujung tahun. Macam susah nak percaya gitu. Haiz.. Keluh Keluh. Harap2 sgt Disember ini berpanjangan hingga ke akhir hayat. heheh :)

Oh btw, I will be leaving for Umrah in a few days time. Insya Allah, we will be going to Saudi Arabia, then Jordan then cross the border to Israel to get to Palestine. Doakan me and family selamat k? Till January..

Sunday, April 05, 2009

Wedding Sana Sini



Pada bulan lepas, 2 of my relatives got married. Actually 3 lah - cos Asmah and Fairus got married on the same day. Madam Mazlina lak was held a bit later in the month. Take a look at the pictures below. Kita saksikan perbezaan majlis perkahwinan pengantin baru dan pengantin lama...

We shall start with Asmah and Fairus nyer wedding.


Kaum puak selagi-selagan ambil gambar kat pelamin yang besau ini...

My parents and Fir tgh sibuk 'interviu' pengantin
This is Fairus and Aishah
This pulak, Anuar and Asmah



NOW, take a look at Pengantin Lama.... ------- > :)

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Pengantin lama dengan anak lelaki sulung...
Photobucket

Photobucket
Tolong jangan tanya saya ini majlis perkahwinan jenis apa. Semua tgh lepakz2. Nampak tak pengantin lama tgh 'makan berdamai' kat background? Instead of suap-ing suami tercinta, pengantin pompuan tengah layan diri (self service) .. woo hooo!



Now, memperkenalkan orang2 penting dalam any majlis perkahwinan... Macam Fa..


SELAMAT HARI LAHIR 2009

Masa berganti hari, hari berganti minggu, minggu berganti bulan... Hari lahirku tiba lagi. Alhamdullillah. Allah (swt)masih mahu memberi kesempatan bagi diriku untuk terus merebut dan mengumpul pahala untuk kegunaan di kemudian 'hari'. Syukur juga, aku masih di kelilingi orang-orang yang disayangi. Walaupun kesihatanku mula menunjukkan bibit-bibit yang aku akan segera kembali, aku tetap bersyukur dan redha dengan ketentuan ini. Semangatku semakin kuat meniti hari.

Jadi, apa salahnya aku bergembira pada hari yang ku anggap istimewa ini? Rasanya macam satu kesalahan besar dan merupakan satu beban yang teramat yang perlu dipikul untuk membuat aku tersenyum, walau sesaat - dan bukan memulakan hari dengan rendaman air mata. Sukarkah permintaanku ini? Aku tidak perlukan emas dan permata, sambutan di restoran-restoran nan gah mahupun pembelian hadiah cuma. Tidak! Aku tidak perlukan itu semua. Hanya sekadar ucapan ikhlas dari mulutmu. Ya, hanya dari mulutmu.

Selamat Hari Lahir.

Sunday, March 01, 2009

My New Interest in Life (tapi part time jer...)

Cubalah teka, apa agaknya kena-mengena nama2 di bawah ini dengan saya?

1. Rosita (22/2/2009)
2. Ramijah Binte Isman (1/3/2009)
3. Hajjah Nasuha (21/3/2009)
4. Assamah Binte Abdollah (31/3/2009)
5. Nahipah Sakiran (4/4/2009)
6. ?


Siapa bijak meneka akan mendapat hadiah...

Sunday, January 18, 2009

GUA TEMPURUNG

Pada Disember yang lalu, aku dan seisi famili sebelah suamiku (aka Marmin Clan) telah pergi ke Gua Tempurung. Kami telah berada di KL selama bbrp hari sebelum berangkat ke gua itu. Perjalanan dari KL ke Gua Tempurung mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Sebaik sahaja kami sampai di situ, kami terus mendapatkan tiket. Tak lah mahal sangat. Ada beberapa laluan yang boleh diikuti. Kami mengikuti laluan yang ketiga. Kata pemandu gua itu, laluan ketiga ini sesuai untuk semua peringkat umur. Kami, yang seramai 22 orang, umur daripada 44 tahun hingga ke 2 tahun. Kami juga harus bersedia kerana laluan yang kami pilih ini akan membuat kami basah. Semua orang teruja. Rasanya, mak2 dan bapak2 budak lebih teruja daripada si anak2 :)

Kami mengharungi denai dan lurah. Keadaan di dalam gua itu gelap dan sejuk. Ada sejenis bau juga yang menyinggah hidung kami. Menurut pemandu gua itu, kami tidak harus menegur atau mengambil apa2 daripada gua itu. Kami juga tidak dibenarkan mengalihkan batu.

Kami berseronok melintasi air yang paras paha dan ada satu ketika kami terpaksa membuat 'commando crawl' dalam air kerana paras siling yang sgt rendah. Kami juga menggunakan lampu suluh untuk melihat.

Ada bbrp insiden yang tidak dpt kami lupakan. Antaranya ialah apabila kami diminta melungsur batu sejauh 3m dari paras bumi. Oleh kerana kami basah, lungsuran itu menjadi lebih laju. Semua kanak-kanak melungsur dengan gembira. Malangnya, apabila tiba untuk Mama (aka Mdm Mazlina) mencuba, badannya mula terketar-ketar. Lututnya terbongkas. Dia melungsur ke bawah dengan penuh dramatik. Cukup dgn sound effect. Orang di keliling tidak dpt menahan gelak. PAdahal, muka Mama selamba aja. Dia tidak dpt menahan ketakutan. Kami pecah perut.

Sesudah meredah air dan mendaki gua itu, kami dijemput oleh arus air yang begitu deras di luar gua. Apa lagi? Kami berendam dan bermandi-manda macam dayang-dayang menemani permaisuri.. Sila lihat gambar2 ini.

Photobucket
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Sunday, January 11, 2009

Kelas-Kelas Jagaanku utk Tahun 2009

Tahun ini, aku diamanahkan untuk membimbing kelas-kelas 1E(HML), 3E(Band 1), 3N(Band 2), 4E(Band 2), 4N(Band 2) dan 3T. Aku sudah berjumpa dengan pelajar-pelajar ini. Nampaknya, mereka merupakan pelajar-pelajar yang baik. Pelajar-pelajar yang menghormati guru. Alhamdullilah..

Namun, aku mesti nak komen sikit mengenai kelas 3T. Rasanya, dalam 5 tahun aku mengajar di Siglap, inilah kali pertama aku berjumpa dengan kelas yang cukup lain dari yang lain. Sedih betul tengok gelagat anak-anak melayu lelaki yang cukup biadap dan tidak mengendahkan peraturan-peraturan kelas.

Selalunya, kalau kelas itu belum mengenali guru, mereka akan lebih berhati-hati untuk membuat nakal atau melanggar peraturan sekolah. Yang ini! Subhanallah. Cukup luar biasa. Berani aku katakan yang inilah kelas yang paling sukar aku bimbing dalam tempoh 5 tahun. Ada lebih kurang 6-7 pelajar yang degil, yang tidak mengumpamakan guru, yang sengaja hendak tunjuk besar, yang mahu tunjukkan kepada semua orang yang dia memang berani melanggar arahan guru. Aku geleng kepala.

Kalau aku nak bandingkan kelas ini dengan kelas bimbinganku pada tahun 2006-2007, haiz, bagai langit dan bumi. Kelas itu pun tak kurang kenakalan mereka. Tetapi mereka tahu menghormati guru. Mereka pegang pada janji, mereka mahu belajar, mahu mendengar nasihat. Rindu pula dengan mereka semua. Mereka sudah 2 tahun keluar dari sekolah. Antaranya ialah Sadat, Misbah, Faiz, Fadzzal, Irwan, Shane, Michelle, Ain, Shahmi, Asyraf... Bagai nampak, satu kelas lah aku rindu. Aku tak boleh lupakan saat-saat bersama mereka, terutama semasa ke Genting. Cukup seronok. Semoga aku akan dapat kelas yang seperti ini, di lain masa, Insya Allah.

Buat sekarang, kelas 3T akan kuharungi. Semoga dengan kecekalan hati, mereka akan dapat dilentur untuk menjana generasi yang berwibawa. Amin.

Kusisipkan gambar-gambar 3T/4T(2006-2007).

Photobucket
Shane jadi Class Manager for 2 years running

Photobucket
Ini semasa RHD '07 (Faiz, yang paling depan sekali, posing mentel)

Photobucket
Ini pula pelajar perempuan, bergaya selepas RHD '07

Photobucket
Sekelas 4T2 ( 2007) How i missed them...

Photobucket
Sadat eksyen2 jadi tok kadi, nikahkan Faiz.

Photobucket
Pada awal, tahun, pelajar2 ini dtg ke rumah utk AGM.
(Annual General Meeting) haha..

Photobucket
Ini pula RHD '06. Seronok we all buka kedai Sadat Sedap!

Photobucket
Bergambar setelah berpenat-lelah..

Photobucket
Sadat jual ayam yang ber'jenama' Sadat Sedap

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Kami juga buka kedai permainan. Mereka membuat
lubang dan menghiasi sendiri papan ini
Best la they all ni!