SELAMAT HARI LAHIR 2009
Masa berganti hari, hari berganti minggu, minggu berganti bulan... Hari lahirku tiba lagi. Alhamdullillah. Allah (swt)masih mahu memberi kesempatan bagi diriku untuk terus merebut dan mengumpul pahala untuk kegunaan di kemudian 'hari'. Syukur juga, aku masih di kelilingi orang-orang yang disayangi. Walaupun kesihatanku mula menunjukkan bibit-bibit yang aku akan segera kembali, aku tetap bersyukur dan redha dengan ketentuan ini. Semangatku semakin kuat meniti hari.
Jadi, apa salahnya aku bergembira pada hari yang ku anggap istimewa ini? Rasanya macam satu kesalahan besar dan merupakan satu beban yang teramat yang perlu dipikul untuk membuat aku tersenyum, walau sesaat - dan bukan memulakan hari dengan rendaman air mata. Sukarkah permintaanku ini? Aku tidak perlukan emas dan permata, sambutan di restoran-restoran nan gah mahupun pembelian hadiah cuma. Tidak! Aku tidak perlukan itu semua. Hanya sekadar ucapan ikhlas dari mulutmu. Ya, hanya dari mulutmu.
Selamat Hari Lahir.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home