Saturday, July 07, 2007

DUNIA FILEM WARNER BROS




Tanggal 18hb Jun adalah hari lahir Fatris. Aku memang dah buat persiapan dan tempahan awal2 lagi di Singapura. Rancangannya ialah, kita akan pergi berjalan2 dahulu di taman Batman. Selepas itu, tepat jam 12 tgh, kita akan pergi ke kafe Gotham City untuk makan tengah hari. Apa yang Fatris tak tahu ialah, aku dah buat tempahan untuk memberikannya satu kejutan. Sebaik sahaja kami melangkahkan kaki ke dalam restoran yang penuh sesak itu, kami telah di bawa ke satu sudut. Orang Lain yang masih mencari2 meja melihat kami dengan cemburu. Ada yang macam nak bedal kami. Meja, kerusi dan pagar2 di situ telah siap dihias dengan belon, tiup2 dan 'streamers' yang berwarna warni. Fatris teruja.

Pakej yang ditempah termasuk makanan dan minuman juga. Makanan di situ restoran itu halal. Malah, di semua 'dunia2' ini terdapat sekurang2nya satu restoran halal. Ruang solat juga disediakan. Cukup mudah dan cukup mesra Muslim. Kadang2 terfikir juga, kalau negeri Omputeh boleh sediakan kemudahan2 seperti ini, apa salahnya Singapura berbuat demikian? Nothing to lose, more to gain. Sebabnya, ini pasti menarik lebih ramai orang Arab datang ke negeri kita. Nantilah aku sarankan kepada Lee Kuan Yew atau SR Nathan.

Berbalik pada Si Fatris. Sedang kami menjamu selera, dari ekor mataku, aku dapat melihat Batman & Robin menuju ke arah kami. Aku pun eksyen make dunno. (Heheh!) Sememangnya aku telah memilih Batman dan Robin untuk menyerikan majlis kecil itu. Yang cantiknya, mereka datang dari arah belakang Fatris. Robin pun terus melompat ke sisi Fatris. Orang ramai terpusing melihat kami. Fatris terkejut sehingga tidak terkata. Robin kata, " Helo! I heard someone is having a birthday here." Fatris terus terkatub tidak terkata. Mukanya berseri2. Tapi kentang goreng masih tidak lekang dari jarinya. "Fatris, look who is here too" lalu menunjuk ke arah Batman. Batman kini sudah berdiri di sisinya. Fatris hampir terpegik. Haha!! Lucu aku melihatnya.

Setelah berbual2, kami pun mula bergambar. Tatkala ini semua, aku dapat melihat kanak2 lain cemburu kerana ada 'bouncer' di situ yang tidak membenarkan orang lain memasuki ruang privet kami. Sebentar kemudian, Batman menghilang. Tiba2 sahaja dia keluar dari sebuah pintu dengan membawa sebiji kek coklat. Lucu juga aku tengok Batman bawa kek. Kami semua menyanyikan Fatris lagu selamat hari lahir. Batman dan Robin turut serta. Orang2 di sekeliling pun tumpang sama. Takker seronok!? Lain kali, burfday aku, aku pun nak sambutan yang sebegini ;)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home