Saturday, July 07, 2007

DUNIA LAUT - Sea World




Hari ke enam kami di Australia, kami telah menaiki bas awam untuk pergi ke SeaWorld. Mudah sekali menaik bas mereka terutama sekali untuk Firdhaus. Semua bas di Australia mesra orang kurang upaya. Pemandu2 bas pula ramah2 belaka dan tidak teragak2 untuk keluar dari tempat pemandu untuk menghulurkan bantuan. Kami juga disapa dan ditanya samada kami mahu tiket pulang dan sebagainya. Pendek kata, perkhidmatan di Singapura belum boleh menandingi perkhidmatan mereka. Jauh babe!!

Kamis seronok di Dunia Laut ini. Kami dapat melihat ikan lumba2 dengan dekat. Budak2 berseronok melihat ikan lumba2 (dolphin) ini beraksi. Ada juga taman tema air. Cuaca dah lah sejuk tapi budak2 ni nak juga bermandi. Boleh ker budak2 ni? Air kolam renang itu sejuk macam ais. Ahh.. Biarlah mereka rasa sendiri.

Ambil kau! Tak sampai setengah jam pun, mereka dah mengadu tak tahan sejuk. Mulut dah mula membiru. Heheh! Kan, takmo dengar cakap mak.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home