DUNIA IMPIAN, PANTAI EMAS
![]() ![]() | ![]() ![]() |
Pada hari yang keempat, Firdhaus (adikku yang cute! NOT!), bersama rakan karibnya, Farhan selamat tiba dari Singapura. Rasa2nya itulah kali pertama Si Firdhaus keluar begitu jauh dari Singapura. Mukanya berseri-seri kegembiraan tatkala ternampak aku di pintu lobi hotel. Perjalanan 7000km dari Singapura tidak dirasainya walaupun dia telah kunaikkan kapalterbang malam. Ini bermaksud, dia telah bermalam di dalam pesawat. Aduiii!! Bukan mudah untuk ibuku melepaskan Firdhaus keluar negara. Faham2 sahajalah,naluri ibu. Walaupun dia sudah pandai menguruskan diri sendiri, ibu macam sukar untuk melepaskannya. Menurut seorang kakakku, ibu tidak mahu ke mana2 semasa di lapangan terbang. Dia mahu melihat pesawat yang dinaiki Firdhaus berlepas. Dia tengok sampai pesawat itu sudah tidak kelihatan lagi. Ya Allah! Begitu sekali sayangnya seorang ibu terhadap anaknya.
Kenapa aku tidak pergi bersama Fir? Haiz... Apakan daya. Si Firdhaus ni hanya mahu ikut serta ke Australia pada bulan Mei sedangkan aku sudah mula merancang dan menempah sejak bulan Feb. Aku yakin, dia boleh sampai dengan selamat. Alhamdullilah, semuanya berjalan dengan lancar.
Ini gambar2 kami semasa di Dunia Impian atau Dream World. Seronok habis! Si Fir dan anak2ku menggila dengan permainan2 yang laju2, yang tinggi2 yang mampu membuat seseorang menangis dan hilang rasa tarikan bumi (G Force). Tak naik pun takper lah. Tengok aja pun dah kira ok per. Fardhu kifayah!
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home