Saturday, July 07, 2007

PANTAI EMAS, Australia




Pada cuti Jun yang lalu, keluargaku telah pergi ke Pantai Emas, Australia (Gold Coast dahhh!!) Memang percutian itu telah lama dinanti2kan. Apatah lagi setelah berpenat lelah,menghempas pulas dgn kerja2 sekolah yang seperti tiada penghujungnya. Cuti selama 2 minggu ini tidaklah menelan belanja yang terlalu mahal. Kami hanya perlu mengeluarkan kos penerbangan dan perbelanjaan sahaja. Apartmen Tiki Village telah ditempah melalui keahlian kami dalam syarikat Asian-Travel Membership Services. Selama 30 tahun yang mendatang ini, kami berpeluang pergi ke mana2 negeri dan bolehlah menempah apartmen yang disediakan oleh mereka. Alhamdullilah, apartmen yang disediakan begitu bersih, besar dan cukup memuaskan. Yang penting, kami tidak perlu berhimpit2 macam sardin semasa tidur :)

Penerbangan selama 7 jam ke Brisbane berlalu tanpa kami sedari. Sejak beberapa tahun ini, kami seperti hanya mahu terbang dengan SQ. Perkhidmatan memuaskan, tepat pada waktu, lancar semasa mendarat dan terbang. Makanan juga pasti ditanggung halal. Pendek cerita, kami tidak perlu was-was semasa makan kerana mereka pasti ingat pesanan yang dibuat.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home