Saturday, July 07, 2007

PAUS MENANGIS



Oleh kerana cinta kepada suami, aku pun bersetuju untuk pergi tengok ikan paus di lautan Tasmanian. Pagi itu cuaca cukup menyamankan - lebih kurang 15 darjah selsius. Kami sekeluarga pun mula berjalan kaki untuk ke pelabuhan feri yang terletak tidak jauh dari tempat penginapan kami. Di situ aku dapat melihat ketenangan sungai. Ah... Hari ini begitu indah, kataku dalam hati. Tepat jam 8 pagi, kami pun diperkenalkan kepada kapten feri dan kelasi2nya. Beberapa orang mat salleh pun turut serta dalam 'ekspedisi' itu. Adalah lebih kurang 20-25 orang.

Feri pun bertolak. Semua pun mula memakai jaket kerana suhu semakin sejuk. Tidak beberapa minit kemudian, feri semakin laju. Aku pun naik hairan. Apa yang perlu dikelam-kabutkan. Tapi aku 'maintain' ah. Budak2 dah mula bersorak2. Weee! Best kan mak? Aku tersenyum jer.

10 minit berlalu. Di hadapan mataku, aku dapat melihat lautan nan biru. Feri semakin laju. Segalanya sudah terlambat. Barulah aku sedar. Kalau nak tengok paus, takkan hanya sekadar di sungai! Pastilah di tengah lautan sana. Ya Allah! Aku terperangkap.
Feri semakin bergerak laju. Rupa2nya, kami kini menghala ke tengah2 lautan. Ombak di lautan terbuka Tasmanian bukan seperti lautan di Singapura. Kalau di Singapura, ombak hanya setinggi lutut. Tapi di sana, setingga rumah 2 tingkat! Tuhan sahaja yang tahu perasaan di hati. Aku dapat melihat ombak datang menuju feri yang kunaiki. Mataku sudah tidak dapat melihat lagi. Kenapa gelombang ini tidak mahu berhenti? Kenapa perlu ada ombak, sama sekali? Ombak2 itu sperti mahu 'menterbalikkan' feri. Aku memegang erat tiang di depan mataku. Peganganku begitu kuat sehingga darah sudah tidak kelihatan di jari. Air mata sudah tidak dapat aku bendung lagi. Aku takut!! Feri akan terbalik. Pasti!! Ombak besar akan membahamku sekeluarga.

Aku tidak pedulikan orang2 di sekelilingku lagi. Mereka melihatku lalu tersenyum. Mereka bertanya, "Are you ok, darling?" Dalam hatiku berkata .... Darling??!! Darling nak mati ni!

Anak2ku melihatku simpati. Mereka tahu aku memang kecut dengan gelombang besar. "Mak jangan takut k? Nur boleh swim. Nanti Nur safe mak k?" Mendengar ini, airmata semakin merembes keluar. Bukan kerana tersentuh :( Padaku, kini sudah sah. Gelombang akan memukul feri dan kami semua akan ditenggelami ombak. Ya Allah! Kirimkan salam sayangku buat ibu ayah ku di Singapura. Mayat kami akan bersemadi di dasar laut ini.

Haiz.. hilangkan nak tengok paus, mereka semua terpaksa tengok paus (aku) menangis. Hehe! (sekarang boleh ketawa la. Pada saat itu, aku dah bersedia nak mati)

Tidak. Helikopter tidak datang menyelamatkan aku. Aku mengharungi juga ombak besar itu. Ikan paus dapat kami lihat. Cuma aku mengharamkan suamiku mengambil gambarku yang masih berpegang pada tiang tatkala orang lain bersorak gembira melihat ikan paus humpback.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home