RAJUK yang TAK SUDAH...
![]() ![]() | ![]() ![]() |
Mana2 pun kami pergi, Fatiha (Tayha) pasti ada episod yang mana dia merajuk. Tak kiralah di mana sahaja - Australia, China, Saudi, Pangkor, Kuantan, Hari Raya, KL, semasa berkelah, semasa ke pusat membeli belah. Pendak kata setiap hari mesti nak merajuk. Mulut akan dimoncongkan. Muka akan ditarik panjang. Mata akan disayupkan. Langsung tidak dapat berkata-kata. Lalu, kami harus meneka apa yang tak kena. Dia akan mengangguk atau menggelengkan kepala.
Kami dah naik lali. Dah jadi sebati. Perasaan dia ini akan tiba tanpa amaran. Tiba2 sahaja dia boleh bertukar mood. Macam juga RIBUT. Yang datang tanpa mengenal waktu atau tinggi rendahnya suhu. Begitulah juga anakku, Tayha a.k.a. RIBUT.
1 Comments:
sungguh comel anak cikgu :) merajuk acah je tu.. merajuk nak dipujuk hehehe...
- murshidah
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home