Friday, February 02, 2007

kEpaLa PaIP

Kekadang, dalam dunia ni, benda yang tak diduga terjadi - luar dari kawalan kita. Misalnya, baru -baru ini, aku terbaca di akhbar mengenai keluarga yang tiba-tiba sahaja mendapat durian runtuh. Baru beli barang kemas $100 dolar, tiba-tiba sahaja memenangi cabutan bertuah Golden Chance $22222. Wow!!! Aku pun nak!! Mari kita ramai2 gi Golden Chance yok! Tuah ayam dapat dilihat, tuah manusia, siapa yang tahu....



KEPALA PAIP

Aku pun segera memutarkan kepala paip selepas mandi petang itu. Tetapi, kepala paip itu tiba-tiba jatuh ke lantai dan air melimpah dan lantai mula dinaiki air. Aku cuba memasang balik kepala paip itu tetapi sia-sia belaka.Matilah aku. Aku naik buntuh. Sudah banyak tuala aku ikatkan pada paip itu, namun air masih menyembur keluar.

Pak Abu! Pasti Pak Abu di hujung sana itu tahu macam mana nak selesaikan masalah ini. Aku terus melangkah keluar dari bilik air dan menuju ke rumah Pak Abu. Rumahnya lat 3 buah dari rumahku.

Sebaik sahaja di muka pintu rumah Pak Abu, aku berteriak memberi salam. Suara yang keluar kedengaran cemas campur marah. Marah. Pak Abu lambat buka pintu. Aku berteriak lagi. Mana pula si tua kutuk ni? Tiba-tiba daun pintu dibuka. Berdiri di situ ialah Leman, anak Pak Abu. Leman menggosok-gosokkan matanya sambil menjawab salamku. Sebaik sahaja dia terpandangku, matanya terbeliak luas – tidak mengantuk lagi. Barulah aku sedar yang aku telah keluar rumah dengan keadaan berkemban. Leman telah menjamah tubuhku yang gebu ini dengan matanya.

Aku tidak punya banyak masa. Kata-kata terhambur keluar dari mulutku, merayu Leman membantuku. Leman dengan pantas mencapai beberapa peralatan dan bergegas ke rumahku. Sebaik sahaja kami tiba di situ, air sudah mula membanjiri seluruh ruang dapur . Leman dengan segera mengambil spanar dan separuh berlari ke depan rumah dan menutup saluran sumber air. Barulah air itu berhenti menyembur.
Ku lihat keadaan yang lecak di sekeliling ruang dapur. Hai! Terpaksalah aku membersihkan semuanya. Kalau tidak, pasti ibu akan berleter satu minggu. Aduh!
Leman masih terpaku di situ. Dia memerhatikan kepala paip yang telah gugur ke bumi.

“Tak sangka, anak gadis secantik awak ni seganas guragas. Tengok tu, tercabut kepala paip…” kata Leman separuh menyindir. Berdesing telinga aku mendengarnya.

“Hari ini kepala paip, esok lusa pula, kepala awak,” kata aku separuh marah. Adakah patut dia kata aku guragas? Api kemarahan menyulap tinggi. Bencinya aku pada dia bukan main lagi. Aku teruskan dengan kerja-kerja mengelap rumah. Manakala, Leman membetulkan dan memasang paip yang baru.
Semenjak hari tu, aku mula membenci Leman. Dia pula, ashik mengusik dan menyakitkan hatiku . Ada saja yang dia akan katakan padaku. Setiap kali dia berbuat demikian aku bertambah benci.

Aku tak ingat pula bila masanya perasaan benci itu bertukar kerana sekarang ini, Leman sudah menjadi suamiku.Tak sangka pula kerana kepala paip, aku bertemu jodoh.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home