Pembantu Rumah punya Hal
Seperti mana yang diketahui, aku sering mengalami masalah pembantu rumah. Haiz... Kekadang aku hairan sendiri kenapa orang lain boleh mendapatkan seorang pembantu rumah dan pembantu mereka itu akan bertahan sekurang2nya sehingga dua tahun. Bagi aku pula, setiap 3 bulan berganti pembantu rumah. Sehinggakan nama2 mereka tidak dapat aku ingat lagi. Apa lah nasib. Aku hanya mampu berdoa agar pembantu rumahku kali ini dpt bertahan, sekurang2nya 4 bulan :) - Konon nak pecah rekod sendiri!!
Berikut ini adalah cerita rekaan yang tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati ....
Kadang – kadang aku tertanya sendiri. Adakah alam buana ini akan lebih sempurna sekiranya manusia dapat membaca isi hati orang lain? Apa mungkinkah manusia yang licik lagi cerdik ini memikirkan helah lain untuk menyembunyikan niat ? Entahlah. Peristiwa hari itu masih berpusar di benakku. Biar aku ceritakan.
Sebaik sahaja ibu melahirkan adik bungsuku, kami sekeluarga terpaksa menggajikan seorang pembantu rumah. Namanya Bibi Arti. Umurnya hampir seusia dengan ibu. Menurut agen pembekal pembantu-pembantu rumah dari Indonesia itu, Bibi Arti datang dari Surabaya. Keluarganya susah. Suaminya pula lumpur akibat satu kemalangan. Maka sekaligus, pada Bibi Artilah mereka menaruh segala harapan.
Bibi Arti memang pandai menyesuaikan diri dengan kami. Kurang dari 2 bulan sahaja bekerja, dia sudah pandai menambat hati kami. Ibu yang cerewet orangnya pun rasa begitu selesa dengan Bibi Arti yang pandai mengambil hati. Bibi Arti mempunyai kebolehan yang luar biasa dalam bidang memasak. Dia boleh memasak apa sahaja yang kami mahu. Ini meringankan beban ibu. Pernah juga ibu mendaftarkan Bibi Arti dalam kursus masak-memasak. Peluang itu dimanfaatkan sepenuhnya dan Bibi Arti semakin pandai memasak.
Pejam celik, pejam celik, sudah hampir 8 tahun dia bekerja dengan kami. Suatu hari itu, aku melihat Bibi Arti memasuki kamar bersama ibu dan ayah. Selalunya, kalau sudah sampai tahap masuk kamar ibu, pastinya ada urusan penting yang perlu dibincangkan. Ini terjadi supaya anak-anak tidak perlu mendengar urusan nan penting itu. Keluar sahaja dari kamar, aku dapat melihat mata Bibi Arti kemerah-merahan seperti biji saga. Pasti dia baru habis menangis. Namun, aku tidak dapat meneka apa yang telah berlaku. Apabila ditanya, tidak seorang pun mahu memberitahu.
Seingat aku, seminggu setelah kejadian itu, ibu memberitahu bahawa Bibi Arti akan pulang ke tanah airnya. Menurut ibu lagi, kepulangan Bibi Arti kali ini berlainan dari yang sudah. Ini kerana Bibi Arti tidak akan kembali untuk bekerja dengan keluarga kami lagi. Bertimbun tanda tanya muncul di mindaku. Namun, setiap kali ditanya kenapa, masing-masing seperti mengolom biji durian di dalam mulut. Tak seorang pun yang mahu memberitahu kami.
Penerbangan telah ditempah dan Bibi Arti akan berangkat pulang petang itu. Paginya, Bibi Arti meminta izin ibu untuk membuat kek untuk kaum keluarganya di Surabaya. Ibu mengizinkan. Tidak ada salahnya dia mahu membawa pulang oleh-oleh untuk sanak-saudaranya. Bibi Arti membakar kek pisang di ketuhar kami. Seperti dalam jangkaan kami, Bibi Arti membuatkan sebiji kek untuk kami sekeluarga juga kerana dia tahu kami semua memang meminati kek pisangnya . Selepas makan tengah hari, kami sekeluarga berangkat ke lapangan terbang untuk menghantar Bibi Arti pulang.
Sewaktu perjalanan ke lapangan terbang, hidungku terhidu kek pisang yang di bawa bersama Bibi Arti. Pastinya aku akan merindui semua masakan Bibi Arti, termasuklah kek pisang itu. Setiap dari kami membisu melayan perasaan sendiri. Bagaimana agaknya nanti keadaan rumah tanpa kehadiran pembantu rumah yang sudah kami anggap seperti keluarga sendiri ini? Tidak semua orang bernasib baik seperti keluarga kami yang mempunyai seorang pembantu rumah yang sangat dipercayai. Mudah-mudahan pembantu rumah yang bakal kami terima akan sebaik Bibi Arti.
Tangisan dan pelukan silih-berganti. Akulah orang yang paling sedih. Manakan tidak? Selama ini bibilah tempat aku mengadu dan menumpang kasih selain ibu. Aku tidak dapat membayangkan ketiadaan Bibi Arti di sisiku. Sukarnya untuk aku melepaskan dia pergi. Kami tiada kuasa untuk menahan Bibi Arti pulang kerana keluarga di kampungnya lebih memerlukannya dari kami.
Dalam perjalanan pulang, adik bungsuku tersedu-sedu seperti tidak ada kesudahan. Aku mula memujuk,
“ Nanti, kita pulang, kita makan kek pisang ok?”
Sesampainya kami di rumah, seisi rumah diselubungi bau kek pisang yang harum itu. Perasaan bercampur menjadi satu. Kami rindu akan pembuat kek tersebut. Tidak terdaya rasanya untuk memotong kek itu sendiri akibat terlalu rindu.
Aku mengambil sebilah pisau dan mula memotong kek itu. Sebaik sahaja mata pisau mencecah dasar kek pisang itu, terasa seperti ada sesuatu yang keras di situ. Aku mengeluarkan pisau itu dan cuba memotong dari sudut yang lain pula. Gelagatku ini seperti tidak dipersetujui adikku. Dia sudah tidak sabar lagi hendak membenamkan kepingan kek di mulutnya yang kecil itu. Dengan dahi yang berkerut, aku cuba memotong lagi. Mata pisau itu seperti berasar dengan sejenis besi di dasar kek tersebut. Apa mungkin bahan-bahan yang diletakkan oleh Bibi Arti untuk menyedapkan kek itu?
Terdengar jeritan ibu dari dalam biliknya. Aku yang dari tadi diselaput kehairanan tercantas seketika. Aku berlari ke dalam bilik. Apa yang kulihat seperti tidak dapat aku percayakan. Sebuah kotak yang dahulunya berisi barang kemas ibu sudah kosong semuanya. Ibu mula menangis. Ayah pula mula membongkar almari ibu untuk cuba mencari barang kemas ibu. Habis satu almari diselongkarnya. Aku tercegat di situ seperti tidak percaya apa yang berlaku. Dalam hatiku, seribu macam persoalan berligar-ligar.
Sejurus kemudian, adik masuk ke bilik. Di tangan kanannya, ada sekeping kek pisang yang disuakan ke mulutnya dengan rakusnya. Di tangan kirinya, ada sebentuk cincin berlian ibu.
“ Mama, ini cincin Mama, kan?” tanya adik bersahaja.
Kami serentak melihat adik. Kami tidak tahu bagaimana cincin berlian ibu ada di tangan adik.
“Mana adik jumpa, ni?” tanya ibu panik.
Tangan ibu memegang bahu adik. Dia hampir menggoncangkan adik yang masih menyusun kata-kata untuk memberitahu perkara yang sebenar. Mata kami terbelalak sejurus kami terpandang kek pisang yang dipotong adik di dapur.
Di atas meja dapur, kelihatan deraian kek pisang. Di dalamnya terdapat semua barang kemas ibu. Ibu terduduk terpojok di sudut dapur. Air mata berjuraian dari kelopak matanya. Barulah kami sedar yang kilauan cahaya yang disangka permata hanyalah kepingan kaca murahan. Kami telah disilaukan olehnya. Mujurlah Allah itu Maha Adil. Bibi Arti telah membawa pulang kek pisang yang salah.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home