Sunday, February 18, 2007

rELaKs oNe cORNer

Tahun Baru Cina. Tahun BABI pulak tu. heheh! Seronok dapat 4 1/2 hari off. Pergi mana kau tanya? Tak mahu lah ke mana-mana sebab, pastinya sesak. Keluarga sebelah hubb ajak gi JB. Tapi aku takut kesesakan trafik yang teramat-amat. Baca sahaja surat khabar.. gambar kereta kat koswe dah cukup menggerunkan. Hubb tanya, "Apa plan u?" Aku jawab simple jer, "Tak payah plan2. Diam2 kat rumah jer. Marking berlambak-lambak" Wohoooo. Check out this site. Interesting gila!

http://www.happeepill.com/cartoons/enjetsemut/enjet.htm

Monday, February 12, 2007

kEpUtuSAn pEpERIKsaan 'O'




Syukur ke hadrat Illahi, keputusan peringkat 'O' telah pun diumumkan. Puratanya, murid2 sekolah aku tidak menunjukkan prestasi yang baik. Ramai murid yang tidak mengecapi lulus dengan 3 subjek. Yang paling sedih, murid2 menengah 5N, mendapat markah yang amat mengecewakan. Ada di antara mereka, aku tengok, begitu giat berusaha semasa peperiksaan tetapi kecundang juga. Ada juga yang berhempas-pulas, membanting-tulang dengan sesetengah mata pelajaran tetapi hanya mendapat gred D7. Haiz... Pada murid2ku yang tersayang, gagal sekarang, tidak bererti gagal selama-lamanya. Bangunlah dari kedukaan ini dan terus majukan diri, insya Allah. Sesungguhnya, Allah bersabda dalam kitabullahNya yang berbunyi "Alam nasrah laka sadroq.." yang bermaksud setiap keburukan akan datang kebaikan.

Friday, February 02, 2007

kEpaLa PaIP

Kekadang, dalam dunia ni, benda yang tak diduga terjadi - luar dari kawalan kita. Misalnya, baru -baru ini, aku terbaca di akhbar mengenai keluarga yang tiba-tiba sahaja mendapat durian runtuh. Baru beli barang kemas $100 dolar, tiba-tiba sahaja memenangi cabutan bertuah Golden Chance $22222. Wow!!! Aku pun nak!! Mari kita ramai2 gi Golden Chance yok! Tuah ayam dapat dilihat, tuah manusia, siapa yang tahu....



KEPALA PAIP

Aku pun segera memutarkan kepala paip selepas mandi petang itu. Tetapi, kepala paip itu tiba-tiba jatuh ke lantai dan air melimpah dan lantai mula dinaiki air. Aku cuba memasang balik kepala paip itu tetapi sia-sia belaka.Matilah aku. Aku naik buntuh. Sudah banyak tuala aku ikatkan pada paip itu, namun air masih menyembur keluar.

Pak Abu! Pasti Pak Abu di hujung sana itu tahu macam mana nak selesaikan masalah ini. Aku terus melangkah keluar dari bilik air dan menuju ke rumah Pak Abu. Rumahnya lat 3 buah dari rumahku.

Sebaik sahaja di muka pintu rumah Pak Abu, aku berteriak memberi salam. Suara yang keluar kedengaran cemas campur marah. Marah. Pak Abu lambat buka pintu. Aku berteriak lagi. Mana pula si tua kutuk ni? Tiba-tiba daun pintu dibuka. Berdiri di situ ialah Leman, anak Pak Abu. Leman menggosok-gosokkan matanya sambil menjawab salamku. Sebaik sahaja dia terpandangku, matanya terbeliak luas – tidak mengantuk lagi. Barulah aku sedar yang aku telah keluar rumah dengan keadaan berkemban. Leman telah menjamah tubuhku yang gebu ini dengan matanya.

Aku tidak punya banyak masa. Kata-kata terhambur keluar dari mulutku, merayu Leman membantuku. Leman dengan pantas mencapai beberapa peralatan dan bergegas ke rumahku. Sebaik sahaja kami tiba di situ, air sudah mula membanjiri seluruh ruang dapur . Leman dengan segera mengambil spanar dan separuh berlari ke depan rumah dan menutup saluran sumber air. Barulah air itu berhenti menyembur.
Ku lihat keadaan yang lecak di sekeliling ruang dapur. Hai! Terpaksalah aku membersihkan semuanya. Kalau tidak, pasti ibu akan berleter satu minggu. Aduh!
Leman masih terpaku di situ. Dia memerhatikan kepala paip yang telah gugur ke bumi.

“Tak sangka, anak gadis secantik awak ni seganas guragas. Tengok tu, tercabut kepala paip…” kata Leman separuh menyindir. Berdesing telinga aku mendengarnya.

“Hari ini kepala paip, esok lusa pula, kepala awak,” kata aku separuh marah. Adakah patut dia kata aku guragas? Api kemarahan menyulap tinggi. Bencinya aku pada dia bukan main lagi. Aku teruskan dengan kerja-kerja mengelap rumah. Manakala, Leman membetulkan dan memasang paip yang baru.
Semenjak hari tu, aku mula membenci Leman. Dia pula, ashik mengusik dan menyakitkan hatiku . Ada saja yang dia akan katakan padaku. Setiap kali dia berbuat demikian aku bertambah benci.

Aku tak ingat pula bila masanya perasaan benci itu bertukar kerana sekarang ini, Leman sudah menjadi suamiku.Tak sangka pula kerana kepala paip, aku bertemu jodoh.

Tension.... KURSUS SAIL

Semalam, aku menjalankan kursus SAIL untuk para guru dari sekolah-sekolah kelompok E3 dan sekolah2 jiran di Pasir Ris. Alhamdullilah, ramai juga yang datang. Pada mulanya, tatkala melihat kawan-kawan dtg berduyun-duyun dari sekolah lain , bulu roma berdiri juga dan degup jantung semakin deras. Syukur ke hadrat Illahi kerana sebaik sahaja aku mulakan, darah gemuruh sudah hilang. Maka, aku balik rumah dan mula mengarang satu cerpen lagi.... :) Macam tidak ada kena mengena ehk!! Tension nyer fasal, buat cerpen. heheh...

Ellysa Natasha Binte Ali . Itulah namaku. Cukup islamik? Aku rasa - belum. Setiap ibu dan ayah mengharapkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Harapan tinggi menggunung agar dapat dibangga-banggakan. Peguam? Jurutera? Guru? Pegawai Tinggi? Atau ustazah? Adakah aku hampir dengan matlamat mereka? Kau jadi saksi. Fikirkanlah.

Semasa di bangku sekolah, boleh dikatakan aku handal dalam bidang akademik. Aku mendapat markah yang tinggi dan dapat melayakkan diri ke institusi pengajian tinggi. Aku memilih bidang kejuruteraan walaupun ayah menarik muka panjang dengan keputusanku itu. Ayah lebih suka kalau aku memilih bidang ‘wanita’ seperti perguruan atau perakaunan. Oleh kerana minatku yang amat mendalam, ayah dan ibu merelakan juga.

“Tidak bolehkan kau pakai pakaian yang tidak menonjol mata seperti itu? Jangan malukan mak, boleh?” kata-kata ibu melekat disanubari. Aku tidak mahu bertegang urat dengan ibu, maka, aku terus masuk ke bilik dan menyarungkan hijab dan kemeja – T panjang untuk menutup aurat dan sekaligus menutup mulut ibu.

Sampai sahaja di pusat pertukaran bas, aku dengan selamba masuk ke tandas dan membuka segala yang membuat aku panas. Lantas, aku keluar dari tandas awam itu dan meneruskan perjalananku ke destinasiku.

Semasa di Universiti, hidupku tidak sepi dari aktiviti sosial. Ada sahaja yang akan dirancang oleh kawan-kawanku untuk kami berseronok. Aku menjadikan kelab malam seperti masjid. Kalau tidak dikunjungi setiap hari Jumaat dan Sabtu, bagai tidak sah. Teringat pula kata-kata ibuku – kalau makanan dibiar terdedah, maka, banyaklah lalat datang menghinggap. Ibu tidak pernah salah kerana kini, aku mengganti teman lelaki seperti aku mengganti pakaian dalamku setiap hari.

Tanpaku sedari, rupa-rupanya, gerak-geriku selama ini diawasi seorang insan. Sehinggalah pada hari itu. Dia mendampingiku. Pada mulanya, aku terasa amat janggal duduk bersamanya. Kenapa? Pakaiannya. Bezanya kami bagai langit dengan bumi. Dia berselubung satu badan. Hanya menampakkan mata. Warna pakaiannya sentiasa warna yang gelap-gelap supaya tidak menarik perhatian kaum adam. Begitulah penjelasannya. Agak jengkel aku disisinya tetapi oleh kerana tidak mahu kelihatan biadap, aku meneruskan juga perbualan kita berdua.

Dia mengajak aku ke bilik solat yang tidak pernah aku tahu kewujudannya sebelum ini. Aku mengemukakan seribu alasan tetapi titisan air jika ke batu, lama-lama akan berlubang juga. Akhirnya, aku seperti kerbau dicucuk hidung, langsung menurutinya.

Hari demi hari, Kak Mastura akan datang menemuiku. Pernah juga aku cuba melarikan diri dari beliau. Malangnya, Kak Mastura lebih bijak dari aku. Dia tahu setiap lokasi dan jadual waktu aku di institusi itu. Aku rasa dia memang sudah membuat banyak penyelidikkan tentang aku. Aku masih belum mengerti pada waktu itu mengapa dia beria-ia benar mahu berkawan dengan aku - si syaitan bertopengkan manusia ini.

Masa berganti hari, hari berganti bulan. Dalam diam, aku mula merasakan perubahan dalam diriku ini. Kehadiran Kak Mas disisiku dan teman-teman ‘baru’ yang aku jumpa di ruang solat seolah-olah membuat aku lebih tenang. Hatiku terbuka sedikit demi sedikit untuk menunaikan solat. Pertama, sebab aku tertekan dengan keadaan di situ yang mana semuanya menunaikan solat. Lama- kelamaan seperti sudah menjadi darah dagingku kerana sesungguhnya aku dapat merasakan ketenangan setelah memanjatkan doa pada yang Esa. Kedua, syarahan-syarahan yang diberikan sebaik selepas solat membuat aku sedar betapa kerdilnya aku di mata Allah (swt). Betapa banyaknya dosa-dosa yang kuhimpun selama ini. Betapa aku hampir-hampir ‘mendaftarkan’ diri untuk menjadi ahli neraka. Subhanallah! Air mata menitis membasahi lurah pipi mengenangkan kebodohan diri yang sanggup menganiayai diri.

Kak Mas datang menepuk pundakku perlahan. “Mengapa , Dik? Adik ada masalahkah?”

Bersambung.... nantikan sambungan cerita di pawagam2 terdekat... kwang kwang kwang