Monday, January 29, 2007

Di Saat Hujung Nafas

"Semoga kita insaf dan menjadi ia satu pengajaran. InsyaAllah...

Di Saat Hujung Nafas

Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku ditempatkan di sini. Sebelum itu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan lori balak.Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat kupastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dadaku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh. Nafasku sesak. Tiba-tiba tanganku dipegang kuat. "Mengucap sayang....mengucap........ Asyhaduallailahaillallah........."

Ucapan itu dibisikkan ke telingaku disertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. "Tenat," jawab doktor dengan ringkas.

"Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha."

Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? Datanglah ke sini, aku ingin berbicara denganmu. Datanglah. Mataku semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini.

"Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah. "Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah,"sayup sayap kedengaran suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya mampu menangis saja dan bila tiba saatnya, kita akan berpisah. Tapi, ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu,selamatkanlah daku. "Yassin......"bacaan yassin terngiang-ngiang di telingaku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku diperdengarkan dengan suara itu???Apakah aku sudah menghampiri maut???????

Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi Izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratul maut. Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada. Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut"

Tapi rintihan ku tidak dipedulikan. Apa mereka semua sudah pekak? Aku dilambung resah, gelisah dan penuh kesah! Keluhan dan rintihan "Panas, dahaga,haus, panas........" tapi tiada siapa pun yang peduli.

"Mengucap sayang,mengucap. Asyhaduallailahaillallah......" Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu. Manusia-manusia berjubah hitam datang.

"Mari ikut kami," manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya "Mari ikut kami". Cahaya putih datang. Datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang. "Apa ini, apa ini? Akulah sakaratul maut.......!!!!!!".Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku diselimuti sejuk dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.

"Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah......." Aku tersentak. Roh kuberselerak di dalam tubuhku. Lalu, nnalillahi wainnailaihirajiuun. Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau sampah yang amat busuk.

"Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini? Ah, busuknya, hanyirnya, hancingnya......".

"Assalamualaikum......"

"Siapa yang memberi salam itu?"

"Aku"

"Kau siapa wahai pemuda???" Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya yang tidak terurus, baju yang dipakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa dipedulikannya jijik, loya, aku rasa teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?"

"Tidak," jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini.

"Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-hari."

"Bohong!" Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini mendengarnya.

"Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini."

"Akulah amalanmu yang keji.........."Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ya! aku teringat kini, semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia, akan dijelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh..Tuhan,aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan, dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak. Tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus lakukan!!!!!

Surah yassin yang abang pegang diletakkan di atas dahiku. Aku melihat kak long dan kak ngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba- tiba badanku di sirami air. Air apa ini?????

"Tolong....sejuk!!!! Kenapa air ini berbau air kapur barus. "Tolong jangan tekan perutku dengan kuat, sakit!!!!" Kenapa ramai orang melihat aku???

"Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!".

Aku diusung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. Kapas dibubuh di celah-celah badanku. Lalu aku dibungkus satu demi satu dengan kain itu.

"Nanti, tunggu!! Jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini? Tolong... rimas.... panas........

"Kemudian aku diletakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku disembahyangkan? Bukankah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku', sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian diletakkan di dalam kotak kayu.

"Kotak apa ini?"

Aku diusung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusung setapak demi setapak. "Al-Fatihah!" Kedengaran suara tok imam. Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang tapi ke mana dibawanya aku?..Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan kampungku.

"Ke situkah aku dibawanya? Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!".

Setibanya di tanah perkuburan, kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegangku dan aku diturunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan," aku terdengar suara tok imam memberitahu.

"Tolong keluarkan aku dari sini! Aku seram!!!"

Kini aku berada di dalam liang sedalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

"Tanah apa ini?"

"Aduh sakitnya badanku ditimbusi tanah".

"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali".

Kedengaran bacaan talkin dari tok imam. "Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu juga benar........".

Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang. Pandanganku makin lama makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah ditimbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang dilemparkan ke atas ku. Terasa semakin gelap dan .......aku kini keseorangan.......

DILEMA

Setiap minggu, murid-muridku yang bakal menduduki peperiksaan peringkat 'O' akan dipaksa (heheh!) menjanakan sebuah karangan . Tujuan murni ini untuk memberi seakan satu momentum bagi mereka agar cepat berfikir, menulis dan bersaing. Setiap kali juga, aku akan turut menghasilkan karyaku. Kata orang 'lead by example'. Kalau mereka tahu yang aku boleh, maka mereka pun boleh...Wohoooo...

Dilema


Seiring dan sejalan di cebisan tasik yang penuh dengan panorama yang indah, aku merenung ke arah sang mentari yang layu akan seharian memancarkan sinarnya. Air mata kehampaan bergugurlah membasahi janggutku yang bagaikan kapur. Kenangan yang pupus bagaikan bernyawa berlegar-legar di fikiranku. Aku meraung dalam kesepian hatiku. Aku adalah punca dua nyawa pupus begitu sahaja. Khilaf aku cuba membunuh memori hitam tetapi mentari yang pudar menyingkap segalanya.

Tragedi Oktober 1945. Bagaikan hari yang merah membara apabila beratus pakaian telah dilumuti dengan darah. Jasad yang bersepar luas di atas bumi yang nyata. Keretapi yang melesap penumpang dari Singapura ke Kuala Lumpur telah terhidu kegolekkan kemalangan. Keretapi yang seberat gunung tertumpas dari landasan yang sabut dengan liku-likunya.

Belaian dari seorang ibu tunggal yang telah menatangku bagai minyak yang penuh disambut dengan senyuman manja dari sepasang hati sejiwa anak tunggalnya dan permaisurinya. Bunga-bunga ceria bagaikan menyambut penghijrahan aku sekeluarga ke tanah air orang. Sehelai kertas ynag digenggami setiap orang bagaikan penghalang untukku sekeluarga memasuki pintu yang kodok secara bebas.Aku amat rimas dengan undang-undang ketat yang diberikan.

Selangkah demi selangkah aku menjejak kakiku ke dalam keretapi. Aku mengharapkan hujan batu di tempat orang, hujan emas di tempat sendiri. Aku ingin menimba ilmu dengan hidup di rantauan orang. Mataku sayup dibuai mimpi yang menggoda nafsu.

Bau asap yang tebal dan hentakkan yang bertubi-tubi membangkitkanku dari permainan dunia fantasiku. Jantungku hampir terlontar keluar dari kerongkongku apabila suara lantang ibu dan isteriku menyumbat ke telingaku. Mereka tersepit akan bangku yang seberat anak gajah. Aku buntuh dengan pertolongan pada saat jiwaku menjadi kelam. Tangan kiriku bagaikan disembelih oleh gergaji. Aku kelemasan waktu untuk menyelamatkan kedua-dua orang tersayangku dengan keadaanku.

Api yang berlumba-lumba membakari keretapi itu semakin hampir menjilat ibu dan isteriku. Aku membakar semangatku untuk bangun. Aku kehilangan akal. Aku dalam dilema untuk menagakan diriku untuk menyelamatkan ibuku atau isteriku. Api semakin pantas menari-nari seperti menjuarai kedua-duanya. Aku cuba menyimbah air untuk memadamkan api malah api semakin bersemangat seperti tidak mempersetujui perbuatanku.

Kekusutan masa, aku menarik ibuku lalu mengheretnya keluar dari tingkap. Api terus menghanguskan isteriku. Jeritan ngeri kekesalan kerana tiada daya menyelamatkannya tidak dapat luput dari benakku. Api yang terus menjilat itu melenyapkan suara-suara. Maka robohlah rumah tanggaku yang semusim dibina. Nyawa ibu di hujung tanduk. Baru sahaja lepas dari cengkaman api, sebuah roda keretapi tiba-tiba melayang entah dari mana menghempap muka ibu. Teragutlah nyawanya. Hatiku berkecai di saat itu bagaikan kaca yang berkeping-kepingan layaknya. Wajah kedua-duanya seperti menuding-nuding ke arahku. Aku tidak berdaya, ya Allah!

Lautan ombak sering bergelora setiap hari. Apa mungkinkah salah pertimbanganku? Adakah takdir akan menyebelahiku sekiranya aku selamatkan isteriku? Apa mungkinkah bayi dikandungannya memberi seri dinihari?

Siang bergilir dengan malam. Kemeriahan dadaku telah bertukar menjadi masa, gelap dan hampa. Aku bagaikan musafir di padang pasir. Di malam hari, aku mencari nilai kehidupan seorang nyawa. Kedukaan di hatiku hanya dapat dikongsi dengan angin yang bertiupan di hadapanku. Aku hanya memiliki dua pilihan sahaja. Nyawa atau ajal. Di hujung curam itu, aku mengambil keputusan.

fEEliNg rAYa... 2006

29hb Januari 2007

Raya tahun lepas,aku dan keluarga berpakaian serba coklat (macam beruang dah..) Apa yang menarik ialah kami telah membeli kain sutera ini dari Negeri Cina. Terasa sangat air ludah ulat2 tu yang berjasa demi membuat kain.. heheh!


Saturday, January 27, 2007

cHEck oUt mY New wHeeLs


| View Show | Create Your Own

Pembantu Rumah punya Hal

Seperti mana yang diketahui, aku sering mengalami masalah pembantu rumah. Haiz... Kekadang aku hairan sendiri kenapa orang lain boleh mendapatkan seorang pembantu rumah dan pembantu mereka itu akan bertahan sekurang2nya sehingga dua tahun. Bagi aku pula, setiap 3 bulan berganti pembantu rumah. Sehinggakan nama2 mereka tidak dapat aku ingat lagi. Apa lah nasib. Aku hanya mampu berdoa agar pembantu rumahku kali ini dpt bertahan, sekurang2nya 4 bulan :) - Konon nak pecah rekod sendiri!!

Berikut ini adalah cerita rekaan yang tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati ....

Kadang – kadang aku tertanya sendiri. Adakah alam buana ini akan lebih sempurna sekiranya manusia dapat membaca isi hati orang lain? Apa mungkinkah manusia yang licik lagi cerdik ini memikirkan helah lain untuk menyembunyikan niat ? Entahlah. Peristiwa hari itu masih berpusar di benakku. Biar aku ceritakan.

Sebaik sahaja ibu melahirkan adik bungsuku, kami sekeluarga terpaksa menggajikan seorang pembantu rumah. Namanya Bibi Arti. Umurnya hampir seusia dengan ibu. Menurut agen pembekal pembantu-pembantu rumah dari Indonesia itu, Bibi Arti datang dari Surabaya. Keluarganya susah. Suaminya pula lumpur akibat satu kemalangan. Maka sekaligus, pada Bibi Artilah mereka menaruh segala harapan.

Bibi Arti memang pandai menyesuaikan diri dengan kami. Kurang dari 2 bulan sahaja bekerja, dia sudah pandai menambat hati kami. Ibu yang cerewet orangnya pun rasa begitu selesa dengan Bibi Arti yang pandai mengambil hati. Bibi Arti mempunyai kebolehan yang luar biasa dalam bidang memasak. Dia boleh memasak apa sahaja yang kami mahu. Ini meringankan beban ibu. Pernah juga ibu mendaftarkan Bibi Arti dalam kursus masak-memasak. Peluang itu dimanfaatkan sepenuhnya dan Bibi Arti semakin pandai memasak.

Pejam celik, pejam celik, sudah hampir 8 tahun dia bekerja dengan kami. Suatu hari itu, aku melihat Bibi Arti memasuki kamar bersama ibu dan ayah. Selalunya, kalau sudah sampai tahap masuk kamar ibu, pastinya ada urusan penting yang perlu dibincangkan. Ini terjadi supaya anak-anak tidak perlu mendengar urusan nan penting itu. Keluar sahaja dari kamar, aku dapat melihat mata Bibi Arti kemerah-merahan seperti biji saga. Pasti dia baru habis menangis. Namun, aku tidak dapat meneka apa yang telah berlaku. Apabila ditanya, tidak seorang pun mahu memberitahu.

Seingat aku, seminggu setelah kejadian itu, ibu memberitahu bahawa Bibi Arti akan pulang ke tanah airnya. Menurut ibu lagi, kepulangan Bibi Arti kali ini berlainan dari yang sudah. Ini kerana Bibi Arti tidak akan kembali untuk bekerja dengan keluarga kami lagi. Bertimbun tanda tanya muncul di mindaku. Namun, setiap kali ditanya kenapa, masing-masing seperti mengolom biji durian di dalam mulut. Tak seorang pun yang mahu memberitahu kami.

Penerbangan telah ditempah dan Bibi Arti akan berangkat pulang petang itu. Paginya, Bibi Arti meminta izin ibu untuk membuat kek untuk kaum keluarganya di Surabaya. Ibu mengizinkan. Tidak ada salahnya dia mahu membawa pulang oleh-oleh untuk sanak-saudaranya. Bibi Arti membakar kek pisang di ketuhar kami. Seperti dalam jangkaan kami, Bibi Arti membuatkan sebiji kek untuk kami sekeluarga juga kerana dia tahu kami semua memang meminati kek pisangnya . Selepas makan tengah hari, kami sekeluarga berangkat ke lapangan terbang untuk menghantar Bibi Arti pulang.

Sewaktu perjalanan ke lapangan terbang, hidungku terhidu kek pisang yang di bawa bersama Bibi Arti. Pastinya aku akan merindui semua masakan Bibi Arti, termasuklah kek pisang itu. Setiap dari kami membisu melayan perasaan sendiri. Bagaimana agaknya nanti keadaan rumah tanpa kehadiran pembantu rumah yang sudah kami anggap seperti keluarga sendiri ini? Tidak semua orang bernasib baik seperti keluarga kami yang mempunyai seorang pembantu rumah yang sangat dipercayai. Mudah-mudahan pembantu rumah yang bakal kami terima akan sebaik Bibi Arti.

Tangisan dan pelukan silih-berganti. Akulah orang yang paling sedih. Manakan tidak? Selama ini bibilah tempat aku mengadu dan menumpang kasih selain ibu. Aku tidak dapat membayangkan ketiadaan Bibi Arti di sisiku. Sukarnya untuk aku melepaskan dia pergi. Kami tiada kuasa untuk menahan Bibi Arti pulang kerana keluarga di kampungnya lebih memerlukannya dari kami.

Dalam perjalanan pulang, adik bungsuku tersedu-sedu seperti tidak ada kesudahan. Aku mula memujuk,

“ Nanti, kita pulang, kita makan kek pisang ok?”

Sesampainya kami di rumah, seisi rumah diselubungi bau kek pisang yang harum itu. Perasaan bercampur menjadi satu. Kami rindu akan pembuat kek tersebut. Tidak terdaya rasanya untuk memotong kek itu sendiri akibat terlalu rindu.

Aku mengambil sebilah pisau dan mula memotong kek itu. Sebaik sahaja mata pisau mencecah dasar kek pisang itu, terasa seperti ada sesuatu yang keras di situ. Aku mengeluarkan pisau itu dan cuba memotong dari sudut yang lain pula. Gelagatku ini seperti tidak dipersetujui adikku. Dia sudah tidak sabar lagi hendak membenamkan kepingan kek di mulutnya yang kecil itu. Dengan dahi yang berkerut, aku cuba memotong lagi. Mata pisau itu seperti berasar dengan sejenis besi di dasar kek tersebut. Apa mungkin bahan-bahan yang diletakkan oleh Bibi Arti untuk menyedapkan kek itu?

Terdengar jeritan ibu dari dalam biliknya. Aku yang dari tadi diselaput kehairanan tercantas seketika. Aku berlari ke dalam bilik. Apa yang kulihat seperti tidak dapat aku percayakan. Sebuah kotak yang dahulunya berisi barang kemas ibu sudah kosong semuanya. Ibu mula menangis. Ayah pula mula membongkar almari ibu untuk cuba mencari barang kemas ibu. Habis satu almari diselongkarnya. Aku tercegat di situ seperti tidak percaya apa yang berlaku. Dalam hatiku, seribu macam persoalan berligar-ligar.

Sejurus kemudian, adik masuk ke bilik. Di tangan kanannya, ada sekeping kek pisang yang disuakan ke mulutnya dengan rakusnya. Di tangan kirinya, ada sebentuk cincin berlian ibu.

“ Mama, ini cincin Mama, kan?” tanya adik bersahaja.
Kami serentak melihat adik. Kami tidak tahu bagaimana cincin berlian ibu ada di tangan adik.

“Mana adik jumpa, ni?” tanya ibu panik.

Tangan ibu memegang bahu adik. Dia hampir menggoncangkan adik yang masih menyusun kata-kata untuk memberitahu perkara yang sebenar. Mata kami terbelalak sejurus kami terpandang kek pisang yang dipotong adik di dapur.

Di atas meja dapur, kelihatan deraian kek pisang. Di dalamnya terdapat semua barang kemas ibu. Ibu terduduk terpojok di sudut dapur. Air mata berjuraian dari kelopak matanya. Barulah kami sedar yang kilauan cahaya yang disangka permata hanyalah kepingan kaca murahan. Kami telah disilaukan olehnya. Mujurlah Allah itu Maha Adil. Bibi Arti telah membawa pulang kek pisang yang salah.

Wednesday, January 24, 2007

SUMBER ILHAMKU INSPIRASI KALBUKU

Permata Hatiku Cahaya Mataku

Photobucket - Video and Image Hosting

Jantung Hatiku Ilham Sanubariku

Photobucket - Video and Image Hosting
Baqaram Mindaku Istanggi Kehidupanku