Friday, April 06, 2007

APA ADA PADA HARI LAHIR?

Hari demi hari melangkah pergi. Kita semakin dekat dengan mati. Kenapa tulisan kali ini begitu sinis? Bukan sinis tapi kenyataan. Setiap kali hari lahir, aku bersujud syukur kerana Allah(swt) masih menyayangiku dan memberi aku peluang demi peluang untuk mendekatiNya dan bermuhasabah - adakah cukup amal ibadahku untuk hari penentuan kelak? Aku masih diberi masa untuk menginsafi segala silapku, dosaku. Aku diberi peluang untuk terus menambah amal jariah dan terus mengaup bekal untuk akhirat kelak. Aku bersyukur Ya Allah! Aku masih dapat melihat anak2ku membesar. Aku masih dapat belaian manja dari suami yang dicintai. Aku masih dapat(cuba) untuk menolong orang2 yang lebih memerlukan. Aku masih dapat menabur bakti terhadap kedua orang tuaku yang telah berpenat lelah membesarkan aku. Aku masih dapat membalas jasa mereka walaupun setakat ini aku rasakan bahawa balasannya baru sekecil zarrah. Panjangkanlah umurku..Murahkanlah rezekiku.. agar dapat terus ku berbakti.

Kepada suamiku yang dikasihi - Hari Lahir bukan hanya setakat hadiah siapa yang lebih mahal, bukan setakat siapa yang belikan kek untuk siapa, bukan setakat memasak yang sedap2... Hanya sekadar senyuman dan ketawa ria kita bersama walaupun sudah sehari suntuk berhempas-pulas menjalankan tugas seharian. Bagiku itulah hadiah hari lahir yang hakiki, yang ku anggap paling istimewa. Selamat Hari Lahir.